Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Ampang

Lokasi

Stesen ini terletak di Ampang Jaya, Selangor berhampiran Jalan Ampang dan Jalan Pasar. Di sebelah barat stesen adalah Taman Dagang manakala di sebelah timur stesen adalah kompleks perniagaan Ampang Mewah. Juga terletak berhampiran stesen adalah pejabat Kedutaan Zimbabwe, Kampung Melayu Ampang, pekan Ampang, SK Ampang, Masjid Jamiul Huda dan Surau an-Nur Taman Dagang.

Pelan stesen

GBagunan stesenPintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaneka, laluan pejalan kaki ke MSPR, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
G
Platform
Landasan tidak digunakan
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan
AG Arah Selatan3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Cahaya)

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Stesen ini mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,140 petak parkir kereta — 20 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 200 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[4] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[5]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan BET7, 300, T301, T302, 303 dan bas Smart Selangor laluan AJ2A berkhidmat di stesen ini.